PUTRAJAYA: Ketika kekalutan ibu bapa, pelajar dan guru masih terkial-kial menyelesaikan masalah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, ada pula pihak tidak bertanggungjawab menambah beban dengan mengaut keuntungan menjual buku teks digital. Setakat ini dianggarkan kira-kira 49,874 murid sekolah menjadi mangsa kepada sindiket tidak bertanggungjawab yang menjual buku teks digital pada harga RM1.50 setiap buku. Walaupun hanya satu peratus daripada lebih 4.9 juta…










