Orang ramai tidak perlu darurat - Dr. Mahathir - Utusan Malaysia

Orang ramai tidak perlu darurat – Dr. Mahathir

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa, ramai dalam kalangan rakyat berpendapat bahawa darurat tidak perlu dilaksanakan.

Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan ketika pihaknya cuba mendapatkan pandangan orang ramai berkenaan pelaksanaan tindakan kerajaan itu sehingga 1 Ogos ini.

Katanya, mereka menjelaskan sebab-sebab mengapa berpendapat sedemikian, namun seperti dalam ketakutan untuk memberitahunya.

“Mereka rendah suara sambil memandang sekeliling mereka. Dan mereka pun pesan jangan beritahu sesiapa berkenaan pendapat mereka.

“Kata mereka, mereka takut kerana kerajaan penuh kuasa dan boleh buat apa sahaja kepada mereka. Denda sebanyak RM5 juta dan penjara 10 tahun. Tidak boleh dapat perlindungan undang-undang,” katanya dalam blog beliau hari ini.

Dr. Mahathir berkata, beliau cuba menjelaskan kepada sekumpulan rakyat itu bahawa kerajaan tidak boleh buat begitu untuk melakukan apa sahaja, tetapi mereka tetap tidak berasa senang.

Kata beliau, mereka juga menolak ketika diminta menurunkan tandatangan surat rayuan supaya darurat dapat ditarik balik.

Pelaksanaan darurat yang dikuatkuasakan sehingga 1 Ogos ini meletakkan keutamaan untuk mempermudah segala tindakan kerajaan menguruskan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat di negara ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya