Kartel daging: 4 individu termasuk pengarah ditahan SPRM - Utusan Malaysia

Kartel daging: 4 individu termasuk pengarah ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Empat individu berusia antara 39 tahun hingga 50 tahun dibenarkan ditahan reman empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini bersabit kes kartel daging sejuk beku import yang didedahkan, awal Disember lalu.

Mereka yang ditahan terdiri daripada tiga pengarah daripada dua syarikat berlainan beserta seorang kerani perempuan.

Perintah tahanan reman terhadap mereka dikeluarkan Penolong Pendaftar, Nur Izzaty Muhammad Zahari.

Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, Datuk Azmi Alias berkata, kesemua mereka terlibat dalam syarikat yang melakukan import dan borong.

“Siasatan terhadap suspek dibuat mengikut Seksyen 17B Akta SPRM 2009,” katanya yang mengesahkan perkara itu.

Pada 2 Disember lalu, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) mendedahkan kegiatan kartel daging sejuk beku import yang membawa masuk daging tanpa sijil halal sebelum meletakkan logo halal palsu untuk dijual di pasaran tempatan.

Difahamkan, kartel yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti terbabit turut menawarkan habuan wang tunai dan seks bagi melindungi dan memastikan kegiatan mereka boleh dijalankan dengan bebas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya