Dua unit rumah Pesona Sepanyol runtuh - Utusan Malaysia

Dua unit rumah Pesona Sepanyol runtuh

DUA unit rumah berkembar runtuh dan musnah 100 peratus dalam kejadian di Taman Gambang Damai di Kuantan, Pahang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Dua unit rumah berkembar di Taman Gambang Damai di sini runtuh dan musnah 100 peratus dalam kejadian kira-kira pukul 3.23 pagi tadi. 

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku ekoran kejadian itu kerana pemilik rumah telah berpindah awal dan seorang lagi tidak menetap di situ. 

Seorang pemilik rumah, Suhaimi Yunus, 51, berkata, pagi semalam dia mula menyedari berlaku mendapan dan retakan di jalan utama hadapan rumah Pesona Sepanyol itu dan garaj kereta. 

Jelasnya yang menetap di rumah Pesona Sepanyol sejak 2017, puncanya mungkin disebabkan terdapat aliran air bawah tanah di kawasan berkenaan. 

“Jadi, petang semalam kira-kira pukul 3 petang, saya ambil keputusan untuk berpindah. Saya cari rumah sewa sementara di Taman Gambang Damai ini juga dan bawa tiga anak dan isteri berpindah. 

“Barang yang saya sempat selamatkan hanya televisyen, peti ais dan mesin basuh. Saya ingat pagi ini hendak ambil semua barang lain tapi rumah runtuh dan hampir 95 peratus barangan di dalam rumah musnah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Suhaimi berkata, jiran sebelah rumahnya yang merupakan seorang guru di Muadzam Shah, Rompin tidak menetap di situ. 

Beliau berkata, ekoran kejadian itu, pihak bomba turut mengarahkan pemilik rumah di kiri dan kanan rumahnya supaya berpindah demi keselamatan mereka. 

“Ini kerana, ekoran kejadian itu, rumah di kiri dan kanan rumah saya patah tiang di belakang rumah dan bomba arah pindah kerana tidak selamat diduduki,” katanya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.