ALOR SETAR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kedah berhasrat kekal bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Pada masa sama, Ketua Badan Pimpinan Bersatu Kedah, Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah berkata, pihaknya juga mahu bertanding di beberapa kawasan DUN dan Parlimen baharu yang berpotensi mencapai kemenangan. Beliau berkata, pada masa ini, parti itu telah mengenal pasti kawasan-kawasan yang ditandingi…









