fbpx

28 November 2021, 6:45 am

  TERKINI

Bekerja di restoran, alasan empat warga Yaman rentas Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Cubaan empat warga Yaman merentas negeri ini dari Kuantan, Pahang gagal selepas mereka ditahan dalam sekatan jalan raya di pintu sempadan Terengganu di simpang Paya Berenjut, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kesemua suspek berusia antara 23 tahun hingga 33 tahun yang menaiki kereta Perodua Axia itu ditahan kira-kira pukul 11 malam.

Katanya, suspek memberi alasan merentas negeri untuk bekerja di salah sebuah restoran di Chukai namun gagal mengemukakan surat kebenaran merentas negeri selain surat pengesahan majikan.

“Pemandu kenderaan itu mengemukakan pasport Yaman manakala dua penumpang lain kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNCHR).

“Seorang lagi penumpang gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hanyan berkata, kesemua warga asing itu ditahan kerana tidak mematuhi syarat-syarat di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selain tidak memiliki dokumen diri yang sah.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Peraturan 15 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) (kawalan pergerakan) 2021, Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI