Al-Quran ditemukan terpelihara dalam banjir besar Lipis - Utusan Malaysia

Al-Quran ditemukan terpelihara dalam banjir besar Lipis

SENASKAH al-Quran ditemukan tidak terjejas dalam banjir besar di Lipis, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Meskipun banjir besar melanda daerah ini sehingga memusnahkan banyak harta benda namun dengan kuasa Allah SWT, senaskah al-Quran ditemukan selamat dan tidak terjejas.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Shahrul Nizam Nasir berkata, al-Quran itu ditemukan beliau masih elok dan sempurna hanyut bersama dengan sebuah meja.

“Ketika dalam perjalanan menaiki bot saya ternampak senaskah al-Quran dalam pagar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Setiawangsa di atas sebuah meja yang hanyut.

“Saya bergegas mengambilnya dan ternyata Allah menjaga al-Quran berkenaan yang masih elok dan boleh dibaca,” katanya di sini hari ini.

Menurut Shahrul Nizam, al-Quran berkenaan disimpan oleh pihaknya dan berada dalam keadaan baik.

Dalam pada itu beliau berkata, pihak bomba terus melakukan pemantauan memastikan mangsa-mangsa banjir ditempatkan di kawasan yang selamat khususnya pusat pemindahan.

Ujarnya beliau berharap orang ramai sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagimemastikan keselamatan mereka. -UTUSAN ONLINE 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.