615 mangsa banjir di Perak - Utusan Malaysia

615 mangsa banjir di Perak

ANGGOTA bomba membantu penduduk yang terjejas akibat banjir di Teluk Intan, Perak semalam. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seramai 615 penduduk daripada 161 keluarga  dipindahkan ke 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini berikutan hujan berterusan sejak pagi semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, sehingga pukul 7.30 pagi ini, seramai 456 penduduk sekitar Slim River ditempatkan di tujuh PPS.

Katanya, sebahagian daripada mangsa di Slim River diselamatkan anggota bomba menggunakan bot. 

“PPS yang dibuka di Slim River ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Balun (171 orang), Pejabat Kemas Kampung Balun (100 orang), Sekolah Agama Slim Village (45 orang) dan Dewan Slim Village (42 orang). 

“PPS Dewan Kampung Pasir pula menempatkan 38 mangsa, Surau An-Nur Hidayah Kampung Sungai Muda (32 orang) dan Dewan Kampung Pasir melibatkan 28 orang,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, di Teluk Intan, seramai 85 penduduk dipindahkan ke PPS Majlis Perbandaran Teluk Intan melibatkan dua lokasi yang dinaiki air iaitu di Kampung SC Ayer Hitam dan Kampung Tengah Ayer Hitam. 

“Seramai 53 penduduk Kampung Batu 20 dan Kampung Pasir Kuala Dipang di Kampar ditempatkan di dua PPS iaitu di Dewan Batu 20 dan Dewan Dato Azman Mahalan. 

“Di Tanjung Malim, seramai 21 mangsa dipindahkan ke PPS Dewan Kampung Pauh,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya