BIDOR: Wira negara, bekas anggota 69 Komando, Konstabel Abri Bah Ali, 60, hidup dalam kedaifan di sebuah pondok buruk di perkampungan Orang Asli di Kampung Kuala Senta yang letaknya kira-kira 20 minit berkenderaan dari pekan Bidor. Di pondok itu dia berteduh bersama seorang anak lelaki berusia 13 tahun sejak berpisah dengan isteri 12 tahun lalu dan hidup secara ala kadar. Pondok usang yang menanti masa untuk rebah itu tiada apa-apa…