Tindakan tidak wajar - Ka Siong - Utusan Malaysia

Tindakan tidak wajar – Ka Siong

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Tindakan pihak pengurusan pusat beli-belah di sini yang mengeluarkan garis panduan kepada orang awam supaya tidak menaiki kenderaan awam adalah tidak wajar.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, pengangkutan awam adalah mod pengangkutan kepada golongan B40 dan M40 kerana hakikatnya bukan semua orang mampu memiliki kereta sendiri.

Katanya, sejak penularan pandemik Covid-19, tidak pernah sehari pun perkhidmatan pengangkutan awam seperti rel, bas, teksi dan e-hailing menghentikan operasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Wajarkah pihak pengurusan itu mengeluarkan garis panduan kepada orang awam supaya tidak menaiki kenderaan awam?

“Malahan Majlis Keselamatan Negara bersama-sama dengan Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kesihatan telah prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dari masa ke semasa termasuklah saringan suhu penumpang, penggunaan pelitup muka secara wajib dan penggunaan sanitizer (cecair membasmi kuman). 

“Tambahan, proses menyahkuman dan sanitasi juga dibuat secara berkala. Saya harap pihak pengurusan pusat beli-belah itu membetulkan informasi ini kerana ianya mengelirukan orang ramai,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Dalam pada itu, Ka Siong juga memuat naik gambar yang memaparkan garisan panduan disediakan oleh pusat membeli-belah itu yang meminta orang ramai untuk mengelakkan menaiki kenderaan awam. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya