Tiada keperluan tingkat had usia persaraan - CUEPACS - Utusan Malaysia

Tiada keperluan tingkat had usia persaraan – CUEPACS

ADNAN MAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berpandangan tiada keperluan untuk kerajaan meningkatkan had umur persaraan sedia ada bagi penjawat awam.

Presidennya, Adnan Mat berkata, jika dilihat faktor usia persaraan penjawat awam, ia sudah mengalami tiga kali perubahan dalam tempoh 20 tahun.

“Kali pertama pada tahun 2001 diikuti tujuh tahun kemudian usia persaraan dilanjutkan lagi pada tahun 2008. Pada tahun 2011 usia persaraan sekali lagi mengalami perubahan daripada 58 tahun kepada 60 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari inui.

Adnan berkata, CUEPACS berpandangan sebahagian besar individu dalam lingkungan usia 60 tahun ke atas kebiasaanNya berdepan dengan beberapa kekangan berkaitan pekerjaan termasuk faktor kesihatan selain perlu mengadaptasi teknologi baharu yang semakin canggih.

“Ketetapan untuk mengekalkan had usia ini turut mengambil kira pelbagai pertimbangan lain termasuk memberi peluang pekerjaan kepada lebih banyak golongan muda yang berkemahiran dan berbakat,” katanya.

Tambahnya, had usia yang diguna pakai sekarang masih munasabah dan relevan dan pada masa yang sama penjawat awam boleh membuat keputusan untuk bersara mengikut pilihan sendiri pada bila-bila masa yang difikirkan perlu walaupun masih belum mencapai usia 60 tahun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.