Punca banjir kilat di Jerantut terbongkar - Utusan Malaysia

Punca banjir kilat di Jerantut terbongkar

JENGKAUT digunakan untuk membawa keluar tayar lori yang dibuang ke dalam longkang berdekatan Jalan Inderapura di Jerantut, Pahang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Punca banjir kilat di tengah bandar ini setiap kali hujan lebat diketahui iaitu disebabkan tiga biji tayar lori menyekat aliran air di longkang besar berdekatan Jalan Inderapura,di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Lalu Lintas Majlis Daerah Jerantut (MDJ), Datuk Ridzuan Mansor berkata, isu banjir kilat berhadapan Stesen Minyak Caltex itu menghantui penduduk sejak beberapa tahun ini. 

Katanya, orang ramai yang menggunakan laluan itu bimbang setiap kali hujan lebat kerana air naik dengan cepat menyebabkan banyak kereta tersangkut walaupun terdapat longkang besar.

“Kejadian banjir kilat yang sering berlaku menimbulkan persoalan mengapa laluan di situ sangat cepat dinaiki air walaupun terdapat longkang besar untuk aliran air,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Ridzuan berkata, MDJ mengadakan operasi bersepadu bersama SWCorp, Jabatan Kerja Raya (JKR), Alam Flora, Roadcare, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Balai Bomba Dan Penyelamat Jerantut untuk mencari puncanya. 

Beliau berkata, tayar lori di dalam longkang itu menyebabkan aliran air tersekat sekali gus kawasan itu mudah dilanda banjir kilat.

Menurutnya, anggota bomba turun ke dalam longkang itu bagi membuat pemeriksaan dalam operasi bermula pukul 12 tengah hari sehingga 6.45 petang semalam.

“Kita menggunakan jengkaut untuk membawa keluar tayar lori berkenaan. MDJ kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu yang membuang tayar lori ke dalam longkang menyebabkan aliran air tersekat,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.