Patuhi SOP ketika melancong ke P. Pinang - Utusan Malaysia

Patuhi SOP ketika melancong ke P. Pinang

YEOH SOON HIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyeru mereka yang merancang melancong ke negeri ini supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 dan mengamalkan konsep `Pelancongan Bertanggungjawab’.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin berkata, pihaknya menjangkakan ramai pelancong melawat negeri ini berikutan kebenaran aktiviti pelancongan domestik kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Sehubungan itu, kata beliau, orang ramai perlu sentiasa berhati-hati memandangkan keadaan pandemik Covid-19 di negara ini belum terkawal.

“Kita haruslah bertanggungjawab dengan sentiasa memakai pelitup muka dan mematuhi semua SOP ditetapkan pihak berkuasa setiap masa, terutama ketika melancong,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Soon Hin, Pulau Pinang adalah negeri pertama yang melancarkan konsep `Pelancongan Bertanggungjawab’ iaitu sejak 30 Julai lalu.

Ujar beliau, menerusi konsep itu, pihak berkuasa berkaitan menjalankan pemantauan di tempat tumpuan orang ramai seperti hotel, lokasi tarikan pelancongan, pusat beli-belah dan sebagainya bagi memastikan beroperasi mengikut SOP ditetapkan.

“Pemantauan ini dijalankan kerajaan negeri menerusi kerjasama antaranya dengan Jabatan Kesihatan negeri; Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) serta agensi berkaitan lain. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN