Mayat warga emas luka kepala di tengah jalan - Utusan Malaysia

Mayat warga emas luka kepala di tengah jalan

ANGGOTA bomba menyembur cecair pembasmi kuman terhadap mayat seorang warga emas di Kampung Kuantan, Kuala Selangor, Selangor. - UTUSAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Mayat seorang warga emas ditemukan dalam keadaan luka kepala di tengah jalan di Jalan Kampung Kedah, Kampung Kuantan, di sini, kelmarin.

Mayat wanita berusia 79 tahun itu ditemukan penduduk yang jaraknya hanya 80 meter dari rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ramli Kasa berkata, penduduk di sekitar kawasan tersebut menemukan mayat itu pada pukul 8 malam.

“Siasatan mendapati mangsa merupakan penduduk di kawasan tersebut dan jarak lokasi kejadian dengan rumah mangsa kira-kira 80 meter.

“Hasil siasatan forensik juga mendapati terdapat luka di kepala mangsa dan mayatnya kini dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan mendapati mangsa menghidap penyakit kencing manis kronik dan tinggal bersama anak serta menantunya.

“Kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut sementara menunggu hasil laporan bedah siasat daripada pihak hospital.

“Buat masa ini, kita telah mengambil keterangan daripada keluarga mangsa,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kes tersebut boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, Asisten Superintenden Mohd. Sufian Amin di talian 0126149580.

Sementara itu, Ketua Bomba Kuala Selangor, Ismail Zakariya berkata, pihaknya telah dihubungi polis bagi menjalankan operasi sanitasi terhadap mayat terbabit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN