Laksamana Run kutip dana sokong pesakit kanser - Utusan Malaysia

Laksamana Run kutip dana sokong pesakit kanser

TUNKU Tun Aminah Sultan Ibrahim (dua dari kanan) menyerahkan replika cek kepada Mohamed Perang Musa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Lebih 2,600 peserta menyertai larian amal Laksamana Run yang diadakan secara maya anjuran Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) bermula 1 November sehingga 10 Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutif YKTLJ, Mohd. Ikmal Izam Zaini berkata, pandemik Covid-19 bukan penghalang semua rakyat menunjukkan semangat dan sokongan kepada pesakit kanser.

“Walaupun tahun ini Laksamana Run diadakan secara maya, kita menerima jumlah penyertaan luar biasa bukan sahaja dari Johor malah seluruh negara.

“Laksamana Run berjaya mengumpul dana lebih dijangkakan iaitu hasil sumbangan daripada penaja-penaja yang setia menyokong usaha ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Majlis Penutup Laksamama Run disempurnakan oleh Penaung Diraja Laksamana Run, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim di Yayasan Warisan Johor di sini.

Pada majlis itu, Tunku Tun Aminah berkenan menyampaikan replika cek kepada kepada Pengarah Eksekutif YKTLJ, Datuk Mohamed Perang Musa.

Antara penaja utama menyokong penuh penganjuran Laksamana Run itu adalah Johor Corporation, WCT Holdings Berhad, Berjaya Corporation Berhad, PIJ Holdings Sdn. Bhd. dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor.

Yang terlibat sama  7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd. dan Dialog Group Berhad yang menyokong penuh usaha YKTLJ untuk terus membantu pejuang-pejuang kanser yang memerlukan bantuan.

Sejak penubuhannya, YKTLJ menyalurkan lebih RM8 juta untuk membantu lebih 2,000 pesakit kanser yang sedang mendapatkan rawatan di seluruh Johor. 

YKTLJ diinspirasikan oleh Tunku Laksamana Johor, Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN