Kementerian Kesihatan terima anugerah khas perangi Covid-19 - Utusan Malaysia

Kementerian Kesihatan terima anugerah khas perangi Covid-19

ADHAM BABA mewakili Kementerian Kesihatan menerima anugerah Penghargaan Khas sebagai pengiktirafan atas usaha luar biasa dalam menangani pandemik Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) memenangi Anugerah Penghargaan Khas sebagai pengiktirafan atas usaha luar biasa dalam menangani pandemik Covid-19.

Ekspo Teknologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata, anugerah itu disampaikan oleh MTE kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba sempena penganjuran acara Anugerah Inovasi Antarabangsa Covid-19 Edisi Khas MTE 2020 secara dalam talian pada 1 Julai lalu.

Acara tersebut turut mendapat sokongan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Mod. Yusof.

“MTE mengambil maklum dan amat menghargai semua usaha kerajaan dalam menangani isu pandemik Covid-19 yang memerlukan pendekatan bersepadu dan kolaboratif antara pihak kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti melalui tatacara hidup norma baharu,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Anugerah penghargaan itu turut disampaikan kepada beberapa kementerian dan agensi lain iaitu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Agensi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Untuk rekod, MTE adalah platform inovasi dan teknologi antarabangsa terkemuka dan dianjurkan selama 19 tahun sejak 2001. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya