Kastam tahan pengarah syarikat kartel daging - Utusan Malaysia

Kastam tahan pengarah syarikat kartel daging

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Pengarah syarikat pembekal makanan sejuk beku yang diserbu pihak berkuasa Rabu lalu ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor hari ini.

Pegawai Kastam Kanan (Bahagian Penguatkuasaan) negeri, Khalik Drahman berkata, lelaki warga tempatan berusia 40-an itu ditahan di bawah Akta Kastam 1967 kerana gagal mengemukakan dokumen diperlukan ketika pemeriksaan.

“Pada hari ini, Kastam menyita tiga buah lori membawa produk daging sejuk beku yang tiada logo halal,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi meninjau kilang berkenaan di Taman Perindustrian Senai.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) sebelum ini menyerbu kilang tersebut yang didakwa menyeludup daging sejuk beku ke negara ini sebelum membungkus semula  menggunakan logo halal palsu.

Daging sejuk beku yang diseludup masuk itu datang dari Brazil, China, Ukraine dan Argentina.

Menurut Khalik, pihaknya tidak menafikan kemungkinan terdapat pihak lain yang melakukan kegiatan serupa kerana pasaran daging halal adalah besar termasuklah di negara ini.

“Tindakan kartel ini memalsukan logo Halal Australia adalah kerana logo halal negara berkenaan diyakini masyarakat Islam. 

“Secara tidak langsung mereka boleh menjualnya dengan harga  lebih tinggi.

“Daging berkenaan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk ditentukan jenis dagingnya, sebelum tindakan lanjut diambil,” ujarnya.

Beliau turut memberitahu, daging berkenaan akan diberi kepada zoo untuk dijadikan makanan haiwan atau dilupuskan mengikut kaedah ditentukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya