Johor catat kes Covid-19 tertinggi - Utusan Malaysia

Johor catat kes Covid-19 tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Johor mencatatkan 278 kes Covid-19  hari ini sekali gus menjadikan jumlah tertinggi sejak wabak melanda  bermula Mac lalu.

Jabatan Kesihatan negeri memaklumkan, Kluang  daerah paling tinggi kes positif Covid-19 iaitu 234 kes dan diikuti Johor Bahru 39 kes.

“Selain itu, daerah Kota Tinggi, Kulai dan Batu Pahat masing-masing mencatatkan satu kes manakala terdapat dua kes import.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata Jabatan Kesihatan Negeri, sebanyak 57 kes sembuh dicatatkan pada hari ini.

 Semalam, Johor mencatatkan 156 kes positif Covid-19. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini