Dua nakhoda kapal didenda pindah minyak - Utusan Malaysia

Dua nakhoda kapal didenda pindah minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dua nakhoda kapal didenda RM140,000 atas kesalahan kesalahan bersauh dan melakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor dalam kenyataan memaklumkan, MT Tiana dan MT Nadezhda dikenakan denda itu setelah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kota Tinggi semalam.

“Kedua-duanya didakwa di bawah Seksyen 9 (3) Akta Petroleum (Langkah-langkah Keselamatan) 1984 dan Seksyen 49 (3) Akta Kastam 1967.

“MT Tiana telah didenda RM75,000 bagi tiga pertuduhan manakala MT Nadezhda didenda RM65,000 bagi dua tuduhan,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Menurut Maritim Malaysia Johor lagi, hukuman denda dikenakan ke atas MT Tiana adalah kadar maksimum bagi kesalahan di bawah Seksyen 9(3) Akta Petroleum (Langkah-langkah keselamatan) 1984.

Kata kenyataan itu, kes yang difailkan Maritim Malaysia Johor merupakan kes baharu yang tiada ‘Precedent Case’.

Sementara itu, kenyataan memaklumkan satu ejen syarikat perkapalan tempatan juga mengaku bersalah di atas bersabit kesalahan yang sama pada 1 Disember lalu.

Untuk rekod, kapal tangki MT Tiana dan MT Nadezhda telah ditahan kapal ronda Maritim Malaysia dalam Op Jaksa di perairan Tanjung Sedili, Kota Tinggi pada 14 Oktober lalu.

Kedua-duanya gagal mengemukakan dokumen kebenaran bersauh dan menjalankan aktiviti pemindahan minyak (STS) di kedudukan lebih kurang 13.2 batu nautika timur Tanjung Sedili. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN