Bob Lokman selamat jalani prosedur jantung  - Utusan Malaysia

Bob Lokman selamat jalani prosedur jantung 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pelakon, pelawak dan penulis lirik popular, Bob Lokman selamat menjalani pembedahan memasukkan alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD) untuk menstabilkan denyutan jantungnya di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini semalam.

Menurut rakannya, Mohammad Abdullah, 58, keadaan Bob, 56, kini stabil dan dirawat di Unit Rawatan Koronori (CCU) hospital berkenaan.

“Alhamdulillah, saya diberitahu oleh isterinya, Bob berada dalam keadaan stabil, mungkin sedikit lemah kesan bius.

“Selesai pembedahan pukul 2.30 petang semalam, beliau terus dimasukkan di CCU HSB untuk pemantauan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, sebelum pembedahan tersebut, Bob sempat memaklumkan bahawa beliau ingin berehat beberapa hari sebelum bertemu dengan pelawat.

“Dia kata nak rehat lima hari sebelum jumpa sesiapa,” katanya.  

Bob atau nama sebenarnya, Mohd. Hakim Lokman, sebelum ini menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian,  Kelantan akibat komplikasi jantung.  

Menurutnya, Bob yang mempunyai masalah jantung sejak 1998 dimasukkan ke HUSM setelah mengadu sakit dada. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.