fbpx

Ayu Puteh tidak gentar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEKDA sempat menelefon penerbit Datuk Ayu Puteh baru-baru ini yang didakwa diberi amaran agar tidak lagi bersuara tentang isu cetak rompak. Mengenali wanita besi ini Kekda yakin penerbit popular ini sedikit pun tidak gentar.

Malah lebih menarik bagaimana Ayu sendiri terus mempersoalkan kelemahan beberapa pihak yang seperti tidak membantu dalam menangani isu ini.

“Masalahnya pihak dia tidak buat kerja, yang sibuk mencucuk ini kaki kipas di bawahnya. Saya tegas dalam hal ini dan tidak akan berganjak daripada terus mempersoalkan hal ini,” jelasnya.

Kata Ayu lagi, sebagai orang industri dia melihat pemberian dana dalam membantu industri juga dilihat sekadar mengambil hati. Katanya, jika hal cetak rompak ini berleluasa apa kesudahan buat penerbit seperti dirinya?

“Memang pemberian dana dilihat membantu tetapi kalau isu cetak rompak ini berterusan keadaan ini akan terus lompong.

“Ibarat kita sedang bina bangunan dengan harga yang mahal tetapi dalam masa yang sama tidak ada orang yang menjaganya,” katanya lagi.

Kekda tidak nafikan apa yang dibangkitkan Ayu ini memang betul. Ternyata lanun cetak rompak secara digital ini lebih “buas” berbanding dahulu.

Harapnya ada jalan penyelesaian yang dalam masa sama dapat menjamin karya tempatan kita.