Anugerah Apresiasi Sekolah 2020 secara pandu lalu - Utusan Malaysia

Anugerah Apresiasi Sekolah 2020 secara pandu lalu

Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (1) mengadakan Majlis Apresiasi bagi tahun 2020 secara pandu lalu ekoran bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan jangkitan virus Covid-19 Anugerah disampaikan oleh Guru Besar SK Putrajaya Presint 11 (1), Rohana Abd Manaf dan diiringi sebahagian guru-guru. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bagi menghargai pelajar, Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 11 (1) semalam mengadakan Majlis Apresiasi Sekolah 2020 secara pandu lalu.

Sijil -sijil penghargaan tersebut disampaikan oleh Guru Besar Rohana Abd Manaf kepada pelajar yang tidak turun dari kenderaan yang dipandu ibu bapa masing-masing.

Majlis ringkas tetapi bermakna itu adalah acara tahunan SK Putrajaya Presint 11 (1).

Bagaimanapun, tahun ini anugerah tersebut dilakukan mengikut norma baharu iaitu secara pandu lalu.

Ia bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 yang masih meningkat di negara ini.

Turut mengiringi Rohana menyampai sijil tersebut ialah guru-guru di sekolah berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya