861 kawasan dijangka dapat bekalan air - Utusan Malaysia

861 kawasan dijangka dapat bekalan air

PUNCA pencemaran yang dikesan menjadi punca gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan lapan wilayah di Lembah Klang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 861 daripada 1,274 kawasan di lapan wilayah terjejas akibat ganguan bekalan air tidak berjadual dijangka mendapat bekalan air bermula pukul 3 petang ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.(Air Selangor), Elina Baseri berkata, bekalan air akan diagihkan secara berperingkat-peringkat di wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Kuala Langat.

“Pemulihan sepenuhnya pada pukul 11.59 malam esok. Henti tugas loji ini menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan 886,297 akaun.

“Air Selangor menyediakan bantuan bekalan air dengan mengerakkan lori-lori tangki ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis.

“Air Selangor sangat memahami situasi para pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa peningkatan kes Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, gangguan bekalan air tidak berjadual itu disebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Rantau (LRA) Panjang pada 11.30 malam tadi manakala LRA Sungai Selangor (SSP) 1, 2 dan 3 pada 1 pagi tadi berikutan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor.

Bagaimanapun, Air Selangor memaklumkan LRA Rantau Panjang telah beroperasi semula pukul 3.30 pagi tadi.

LRA SSP 1, 2 dan 3 pula beroperasi pada pukul 5 pagi tadi setelah bacaan merekodkan pada tahap 0 TON sebanyak tiga kali berturut-turut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN