11 kematian, Selangor masih tertinggi - Utusan Malaysia

11 kematian, Selangor masih tertinggi

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan kes kematian Covid-19 tertinggi iaitu 11 kematian membabitkan pesakit berusia 50 tahun hingga 81 tahun, hari ini.

Kematian membabitkan tujuh wanita dan empat lelaki yang mana kesemua mereka mempunyai latar belakang penyakit seperti darah tinggi, jantung, dislipidemia, obesiti dan gout.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih merekodkan kes baharu tertinggi 459 kes diikuti Sabah iaitu sebanyak 310 kes dan Johor sebanyak 78 kes.

Katanya, terdapat 116 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 46 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Bagi kes harian baharu, negara merekodkan 1,075 kes dan menjadikan jumlah kes positif sebanyak 69,095 kes.

“Manakala, jumlah kes aktif kebolehjangkitan pula adalah 10,802 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya