Rasuah lebih RM200,000: Enam termasuk pegawai telekomunikasi direman - Utusan Malaysia

Rasuah lebih RM200,000: Enam termasuk pegawai telekomunikasi direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Terima suapan lebih RM200,000 selain menerima pelbagai beg berjenama sebagai balasan.

Itu nilai wang yang diperoleh sebahagian daripada enam individu yang ditahan reman tiga hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bermula hari ini berhubung kes rasuah melibatkan sindiket penipuan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Tangkapan itu sekali gus menjadikan keseluruhan penahanan reman bagi membantu siasatan kes terbabit seramai 12 individu.

Menurut sumber, kesemua individu berusia antara 34 tahun hingga 49 tahun itu terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita ditahan antara pukul 4.45 petang semalam hingga 12.30 tengah malam tadi di Ibu Pejabat SPRM di sini selepas hadir memberi keterangan.

Katanya, kesemua individu itu adalah pekerja syarikat swasta dan pegawai syarikat telekomunikasi.

Kata sumber, wang tunai itu diperoleh melalui akaun proaksi selain diberikan terus ke akaun bank individu terbabit.

“Hasil siasatan SPRM mendapati, selain membekalkan data pelanggan telekomunikasi kepada sindiket penipuan SMS dan perjudian dalam talian, maklumat pelanggan itu juga turut dipercayai tersebar di luar negara.

“Jadi, tidak mustahil, data-data pelanggan telekomunikasi ini disalahgunakan oleh pelbagai aktiviti jenayah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, keenam-enam individu itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 10 pagi ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Perintah reman sehingga 15 November itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim.

Kata sumber lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya