Pulau Pinang harap pinjaman LRT dipertimbang semula - Utusan Malaysia

Pulau Pinang harap pinjaman LRT dipertimbang semula

YEOH SOON HIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kerajaan negeri berharap Kerajaan Pusat menimbang semula keputusan membatalkan jaminan pinjaman RM2.4 bilion dengan sebuah bank serantau bagi membiayai projek transit aliran ringan (LRT) di negeri ini.

Sambil melahirkan rasa kecewa dengan keputusan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin berkata, projek LRT itu dirancang bukan sahaja bertujuan mengurangkan masalah kesesakan di negeri ini, malah untuk melonjakkan ekonomi dan sektor pelancongan Pulau Pinang serta wilayah utara.

“Kami memahami Kerajaan Pusat perlu menilai semula belanjawan negara disebabkan pandemik Covid-19.

“Namun, projek LRT itu sangat penting secara jangka masa panjang kerana akan melonjakkan ekonomi dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kerajaan Pusat baru-baru ini memutus membatalkan pinjaman RM2.4 bilion dengan sebuah bank serantau yang perlu dijaminnya bagi membiayai projek LRT Pulau Pinang.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sekiranya jaminan itu diteruskan, kerajaan menanggung beban fiskal yang akan mempengaruhi usaha memulihkan ekonomi yang terkesan kerana pandemik Covid-19.

Projek pembinaan LRT Komtar-Bayan Lepas adalah sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) dan sepatutnya dijangka bermula dalam masa terdekat.

Jaluran rel bagi projek LRT itumeliputi 27 stesen bermula dari Komtar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dan tiga lagi kawasan membabitkan pulau-pulau tebus guna di selatan Pulau Pinang sepanjang 29.5 kilometer dengan anggaran kos RM8 bilion. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya