Nasi Kukus Kebun Sultan tetap ‘hidup’ - Utusan Malaysia

Nasi Kukus Kebun Sultan tetap ‘hidup’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ketika kebanyakan kawasan lokasi tumpuan bertukar suram susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), suasana sebaliknya berlaku di Uptown Jalan Kebun Sultan di sini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati suasana di sepanjang lokasi yang terkenal dengan pintu gerbang Dataran Cheng Ho itu meriah menjelang lewat petang sehingga pukul 10 malam.

Tidak terkecuali menjadi tarikan di situ, kedai makan Nasi Kukus Kebun Sultan yang beroperasi di situ sejak 19 tahun lalu.

Pada masa sama orang ramai dilihat tetap mengutamakan prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka dan berbaris pada jarak satu meter ketika membeli makanan di kedai tersebut.

Pengusaha Nasi Kukus Kebun Sultan, Mohd. Kamal Ahmad Zuki, 43, berkata, kedainya sentiasa dikunjungi masyarakat berbilang bangsa terutama Melayu, Cina, India dan Siam walaupun ketika PKPB.

“Kebanyakan pelanggan yang datang membeli nasi, memilih untuk membawa pulang dan makan di rumah pada musim sekarang.

“Memandangkan negara dilanda Covid-19, orang ramai lebih berhati-hati sebagai langkah membendung penularan pandemik itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya