Mohamad Fakhrulzaman, isteri selesa bersama Linda - Utusan Malaysia

Mohamad Fakhrulzaman, isteri selesa bersama Linda

MOHAMAD Fakharulzaman Abdul Malik (kiri) bersama isterinya, Rohayati Salleh (dua dari kiri) dan L. Linda Kasturi ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Taman Sungai Ujong, Seremban semalam. – UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: “Hanya anak-anak boleh bawa kami keluar. Kami selesa di sini.”

Demikian luah Mohamad Fakhrulzaman Abdul Malik, 57, dan isterinya, Rohayati Salleh, 46, yang kini menetap bersama keluarga pemilik kedai perabot terpakai, L. Linda Kasturi Loganathan, 39, sejak enam bulan lalu.

Mohamad Fakhrulzaman berkata, dia dan isteri dijaga dengan baik dan tidak pernah merasa janggal untuk tinggal bersama Linda sekeluarga.

“Saya tidak mahu ke mana-mana kecuali anak-anak datang dan bawa saya keluar dari rumah ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Taman Sungai Ujong dekat sini semalam.

Kelmarin akhbar ini mela­porkan kisah pasangan suami isteri Melayu dijaga keluarga India selepas kedua-dua mereka hidup daif ekoran kehila­ngan kerja sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu.

Mereka terpaksa menjual jam tangan dan peti ais demi meneruskan kehidupan.

Difahamkan kedua-dua me­reka mempunyai lima orang anak.

Mohamad Fakhrulzaman yang merupakan bekas chef dan kini menghidap penyakit strok berkata, dia tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang tinggal dengan keluarga Linda malah mereka sudah seperti keluarga sendiri.

“Sejak saya tinggal di sini saya diberikan kehidupan le­bih baik dan disediakan ruang untuk solat,” katanya.

Sementara itu, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan memaklumkan, Mohamad Fakhrulzaman pernah mene­rima bantuan am kebajikan pada 2018 dan tujuh kali bantuan sama dalam tahun ini sementara bantuan fakir miskin dalam proses kelulusan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN