Hanya 20 minit untuk majlis akad nikad di masjid di Kedah  - Utusan Malaysia

Hanya 20 minit untuk majlis akad nikad di masjid di Kedah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) membenarkan majlis akad nikah dilaksanakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula hari ini hingga 9 Disember depan dengan mengikut syarat ditetapkan. 

Pengarahnya, Mohd. Yusri Md. Daud berkata, antara syarat-syarat yang ditetapkan majlis perlu dilaksanakan di masjid kariah pengantin perempuan dan masa yang ditetapkan dalam tempoh 20 minit sahaja.

Selain itu, menurutnya, majlis itu juga boleh dihadiri oleh enam individu iaitu Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk (PPNCR) sebagai jurunikah, dua saksi, pengantin lelaki, pengantin perempuan dan walinya.

Katanya, pasangan pengantin hanya dibenarkan membawa mas kahwin, borang dan dokumen berkaitan akad nikah sahaja ke masjid.

“Pada majlis itu, tiada berjabat tangan ketika lafaz, selain dilarang upacara lain di kawasan masjid seperti membatalkan air sembahyang, sarung cincin, bergambar dan lain-lain.

“Semua tetamu yang hadir pada majlis itu juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan di masjid berkenaan,” katanya katanya dalam satu pekeliling kepada semua Pejabat Agama Islam Daerah) di sini hari ini.

Mohd. Yusri berkata, pihak masjid harus memastikan semua tetamu bersurai dengan segera sebaik sahaja akad nikah selesai bagi membolehkan majlis pasangan lain pula.

“Pihak PPNCR boleh membatalkan majlis akad nikah ini sekiranya arahan tentang tatacara berkenaan tidak dipatuhi,” katanya.

Beliau menambah, JHEAIK turut menangguhkan pelaksanaan kursus pra perkahwinan sepanjang tempoh PKPB itu.

Sehubungan itu, katanya, JHEAIK memutuskan untuk melaksana temu duga bagi mengantikan kursus tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya