Laut gelora, hasil nelayan susut 40 peratus - Utusan Malaysia

Laut gelora, hasil nelayan susut 40 peratus

FAZRUL Nizam Kamal Bashah ditemani anaknya melakukan tinjauan bot-bot nelayan tidak ke laut di Jeti Tanjung Api di Kuantan, Pahang, semalam. - UTUSAN/AJIE MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pendapatan nelayan sekitar Tanjung Api di sini susut 30 peratus hingga 40 peratus berikutan fenomena angin kencang dan laut bergelora musim tengkujuh.

Keadaan itu menyebabkan mereka terpaksa mengehadkan aktiviti menangkap ikan di laut sekali gus mengurangkan jumlah tangkapan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kesejahteraan Kampung (JKKK) Kampung Tanjung Api, Fazrul Nizam Kamal Bashah berkata, sudah lebih seminggu keadaan itu berlarutan dengan gelombang laut besar.

“Di Tanjung Api terdapat kira-kira 30 bot yang semua pemiliknya boleh dikatakan bergantung kepada pendapatan menangkap ikan di laut.

“Nelayan tidak berdepan masalah dengan Covid-19 tetapi masalah tidak dapat ke laut ekoran laut bergelora,” katanya ketika ditemui di Jeti Tanjung Api bagi melihat keadaan bot-bot nelayan yang tidak ke laut semalam

Fazrul Nizam berkata, segelintir nelayan tetap turun ke laut bagi mencari rezeki biarpun terpaksa berdepan ancaman laut bergelora.

“Buat masa ini belum ada larangan turun ke laut. Selagi mana boleh, nelayan akan ke laut kerana ia punca rezeki mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Pahang (Pernepa), Zulkiflee Md. Yusof berkata, nelayan bergantung kepada keadaan cuaca, jika baik mereka pasti akan turun ke laut.

“Jika berbahaya untuk ke laut, kita keluarkan tanda amaran iaitu menaikkan bendera di lokasi-lokasi tertentu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya