PASIR PUTEH: Kartunis tempatan popular, Ozom menghasilkan komik bertajuk Budin selepas mendapat inspirasi melukis sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mac lalu. Ozom atau nama sebenarnya, Norhasram Mohamad, 53, berkata, duduk di rumah secara tidak langsung mencetuskan idea dan menggamit kenangan hidup zaman 80-an dan 90-an sebelum dilakar semula untuk dikongsi kepada pembaca. Katanya, dia mula melukis kartun pada 1989 dengan menyumbang lakaran kepada semua majalah termasuk Gila-Gila, Gelihati, Batu…