Keluarga cari Mohd. Shaddam - Utusan Malaysia

Keluarga cari Mohd. Shaddam

Mohd. Shahddam Mohd. Suhaimi dari Kampung Pasir Era, Bukit Sireh, Kuala Krai yang hilang sejak tiga hari lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Orang  ramai dirayu untuk membantu mencari Mohd. Shahddam Mohd. Suhaimi dari Kampung Pasir Era, Bukit Sireh, di sini, yang hilang sejak tiga hari lalu.

Ibu angkatnya,  Che Norhayati Mohamad, 54,, merayu bantuan orang ramai menyalurkan maklumat jika ternampak pemuda itu.

Pemuda berusia 32 tahun itu dikatakan keluar dari rumahnya di Sungai Buloh, Selangor, untuk membeli nasi kira-kira pukul 11 pagi, 22 November lalu namun hilang tanpa jejak.

 Che Norhayati berkata, Mohd. Shahddam anak sulung daripada enam beradik keluar rumah tanpa membawa sebarang dokumen pengenalan diri dan telefon bimbit.

“Oleh kerana tidak pulang ke rumah, ahli keluarga sudah membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh pukul 9. 21 malam, pada hari sama.

“Dia tinggal bersama kedua ibu bapanya sejak setahun lalu di Selangor selepas berhenti bekerja sebagai jurutera di Sarawak kerana masalah kesihatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, terdapat maklumat mengatakan Mohd. Shahddam dilihat sedang berjalan kaki di kawasan Gua Musang kira-kira pukul 12 tengah malam kelmarin.

“Ahli keluarga sudah mencari Mohd. Shahddam di merata tempat termasuk di Kelantan, namun belum menjumpainya.

“Saya memohon kerjasama orang ramai yang ternampak Mohd. Shahddam, yang berbadan kurus dengan ketinggian sederhana boleh menghubungi 01125466362,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya