fbpx

Juruelektrik maut kereta dipandu terbabas, langgar pokok

SEORANG juruelektrik maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Padang Serai-Sungai Karangan, Kulim hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Seorang lelaki yang bekerja sebagai juruelektrik maut selepas kereta yang dipandunya terbabas berhampiran Pasar Borong Padang Serai di Jalan Padang Serai-Sungai Karangan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu,  pemandu kereta, S.Liskesvaran, 29, maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah pada badan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, ketika kejadian, mangsa dari arah Sidam menghala ke arah Padang Serai memandu bersendirian.

Katanya, hasil siasatan awal dipercayai kereta jenis Proton Persona yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke  bahu jalan sebelum melanggar sebatang pokok besar.

“Kereta mangsa mengalami kerosakan teruk pada tepi sebelah kanan akibat hentaman kuat setelah melanggar sebatang pokok.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tambahnya, mayat mangsa kemudian  dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -UTUSAN