Isu royalti, SPRM serbu empat pejabat  - Utusan Malaysia

Isu royalti, SPRM serbu empat pejabat 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu empat pejabat badan pengurusan royalti artis semalam bagi memulakan siasatan berhubung isu dana  kutipan royalti hak cipta lagu.

Antara pejabat diserbu ialah Recording Performers Malaysia (RPM), Public Performance Malaysia (PPM), Badan Pengutip Royalti Hak Pelaku dan Persembahan Artis (PRISM) serta Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik (MACP).

Sumber berkata, SPRM melakukan siasatan  susulan menerima maklumat presiden karyawan berhubung penyalahgunaan dana hasil kutipan royalti hak cipta lagu  diterima daripada pengusaha industri bagi tujuan persembahan awam atau ‘public performance’.

“Dakwaan presiden karyawan royalti yang dikutip  tidak disalurkan kepada artis dan pencipta lagu.

“SPRM  mengambil dokumen- dokumen yang terlibat untuk kajian dan penelitian,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan pihaknya  memulakan siasatan berhubung isu berkenaan.

“Masih terlalu awal untuk komen berhubung siasatan ini. Untuk berlaku adil ke semua pihak yang terbabit, semua pihak diminta untuk tidak mensensasikan isu ini dan memberikan masa yang secukupnya kepada SPRM bagi dijalankan siasatan secara telus, adil dan profesional.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya.

Minggu lepas dalam kenyataan media Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez mendesak Presiden RPM, Datuk Sheila Majid meletakkan jawatan di atas ketidakkeupayaan beliau menguruskan hal royalti artis. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya