Fokus minat terhadap pembelajaran - Raja Muda Perlis - Utusan Malaysia

Fokus minat terhadap pembelajaran – Raja Muda Perlis

raja muda perlis
TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Semua sekolah perlu sentiasa memberi fokus kepada pembentukan kumpulan pelajar yang sentiasa komited dan berminat untuk terus belajar.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, sikap, minat dan komitmen untuk belajar adalah hasilan penting daripada proses pembelajaran sejak bangku sekolah.

“Daripada inilah falsafah proses pendidikan sepanjang hayat dapat diterapkan dalam kalangan pelajar,” titah baginda selepas berkenan berangkat mengetuai program MAIPs Peduli anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Pavilion Syed Sirajuddin Areeb Putra, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Beseri di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba baginda yang diiringi anakanda kedua, Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail disambut Pengetua maktab berkenaan, Maznan Maamor.

Yang hadir sama mengiringi baginda ialah Exco kerajaan negeri, Ruzaini Rais dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor.

Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan pelitup separuh muka sumbangan Konsortium Bumita-Nepta melalui kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan MAIPs yang diterima Maznan.

Untuk rekod, MRSM Beseri ditubuhkan pada 1985 dan dirasmikan oleh Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 6 Julai 1988.

Sempena program tersebut, tiga asnaf dipilih menerima sumbangan agihan zakat MAIPs daripada baginda. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya