Enam lelaki tidak daftar nama di pusat snooker dikompaun - Utusan Malaysia

Enam lelaki tidak daftar nama di pusat snooker dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Enam lelaki dikompaun masing-masing RM1,000 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan di sebuah pusat snooker di Kompleks Alamanda di sini malam semalam.

Ketua Polis daerah, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, dalam operasi kira-kira pukul 11.30 malam itu, enam lelaki berusia antara 27 tahun hingga 59 tahun terbabit dikompaun di Bawah Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB 2020).

“Kesemua enam individu berkenaan dikenakan kompaun kerana tidak mendaftar semasa masuk ke dalam premis berkenaan.

“Individu berkenaan diarahkan supaya mengikut prosedur operasi standard (SOP) semasa ketika masuk ke dalam premis awam setelah kompaun dikeluarkan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Azli, polis akan terus mempergiatkan pemantauan bagi memastikan masyarakat di daerah ini memaruhi peraturan dan SOP ditetapkan dalam mencegah penularan wabak Covid-19. – UTUSAN ONLINE RASHID

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN