Deepavali: 37,000 polis pantau SOP - Utusan Malaysia

Deepavali: 37,000 polis pantau SOP

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang perayaan Deepavali bagi mengurangkan kes ingkar arahan dan melanggar SOP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kira-kira 37,000 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikerahkan memantau prosedur operasi standard (SOP) ketika sambutan Deepa­vali esok termasuk pemeriksaan rambang dari rumah ke rumah.

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), orang ramai bukan sahaja tidak dibenarkan merentas negeri atau daerah tetapi tidak boleh berkumpul melebihi 20 individu pada satu-satu masa di sebuah rumah.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Rahim Jaafar berkata, selain pemantauan rumah ke rumah, jumlah tersebut melibatkan sekatan jalan raya (SJR), pemantauan penjarakan sosial di kawasan awam dan sebagainya.

Menurut beliau, individu melanggar SOP termasuk menziarah rumah jiran, saudara dan adik-beradik akan dikompaun RM1,000.

“Saya telah berikan arahan untuk setiap kontinjen mempertingkatkan operasi sempena sambutan Deepavali bagi memastikan setiap penganut agama Hindu mematuhi SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pantau dari rumah ke rumah seperti dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri lalu. Bagi penduduk di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mereka tidak boleh keluar dari rumah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Abd. Rahim mengialu-alukan masyarakat menyalurkan maklumat jika terdapat individu yang melanggar perintah ketika sambutan Deepavali atau apa-apa acara.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, beliau mengarahkan setiap pegawai dan anggota menjalankan pemantauan di kuil-kuil terlibat sepanjang tempoh Deepavali.

Jelasnya, rondaan berkala dilaksanakan termasuk di kawasan perumahan sekitar Selangor bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin serta terhindar daripada dijangkiti Covid-19.

Mengikut SOP MKN, di kawasan PKPB, sambutan pera­yaan di rumah jenis teres dalam kalangan keluarga terdekat tidak boleh melebihi 20 orang pada satu-satu masa manakala kediaman strata tidak melebihi 10 hingga 15 orang bergantung pada keluasan rumah.

Semua diwajib memakai pelitup muka dan sentiasa memastikan penjarakan fizikal dan mengutamakan kebersihan diri serta elak menziarahi warga emas dan individu berpenyakit kronik.

Di kawasan PKPD pula, upa­cara sembahyang di rumah ibadat iaitu di kuil tidak dibenarkan manakala sambutan perayaan dibenarkan bagi seisi keluarga dalam rumah sama sahaja. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya