Covid-19: Kedai tutup, penduduk berjaga-jaga - Utusan Malaysia

Covid-19: Kedai tutup, penduduk berjaga-jaga

SITUASI beberapa kedai di kawasan Felda Gugusan Waha, Kota Tinggi, Johor yang sebelum ini meriah dengan aktiviti ekonomi kini ditutup sebagai langkah berjaga-jaga akibat pandemik Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Kebanyakan peniaga di Felda Gugusan Waha di sini mengambil tindakan menutup kedai sebagai langkah berjaga-jaga susulan terdapat penduduk di situ disahkan positif Covid-19 kelmarin.

Seorang penduduk, Md. Fazly Ismail, 40, berkata, rata-rata peniaga mengambil keputusan itu kerana panik selepas mendapat tahu tentang berita berkenaan.

“Situasi di Gugusan Waha kini dalam keadaan berjaga-jaga. Apabila mengetahui Waha ada pesakit Covid-19 semua jadi panik. Bagaimanapun tindakan pantas Felda dalam membantu penduduk supaya tidak cemas berjaya mengawal keadaan.

“Hasil perbincangan bersama, ramai peniaga beralih kepada perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah-rumah. Sekurang-kurangnya ada punca pendapatan. Akti­viti tersebut sentiasa dipantau oleh Felda,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Md. Fazly yang juga bekas Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Felda Simpang Waha berkata, penduduk di situ tetap mengambil langkah berhati-hati dan menjaga prosedur operasi standard (SOP) seperti disarankan kerajaan untuk menghentikan wabak tersebut daripada menular.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain berkata, penduduk kawasan yang terjejas menjalani ujian saringan oleh petugas Kementerian Kesihatan, kelmarin.

“Saya cadangkan setiap penduduk yang memakai ge­lang putih dibekalkan bara­ngan berupa bakul makanan bagi membantu meringankan beban dalam mengharungi tempoh tersebut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN