9 anggota imigresen antara 13 direman - Utusan Malaysia

9 anggota imigresen antara 13 direman

SERAMAI 13 individu termasuk sembilan anggota Jabatan Imigresen yang disyaki terlibat kes pemalsuan cap sempadan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor, hari ini. - UTUSAN/BAZLAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 13 individu termasuk sembilan anggota Jabatan Imigresen Malaysia ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes pemalsuan cap sempadan negara.

Empat individu lagi adalah suspek yang dipercayai bertindak selaku orang tengah membantu aktiviti jenayah dengan mendapatkan khidmat cap berkenaan bagi warga asing.

Perintah itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Mohammad Salehuddin Abd. Sani yang menetapkan reman seminggu sehingga 23 November ini.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kanan SPRM, Mahadi Abd. Jumaat.

Empat individu diwakili peguam, Noordin Hussein, Baharudin Baharim dan Amarpreet Singh manakala sembilan anggota imigresen diwakili peguam, S. Bharathi.

Difahamkan, anggota Jabatan Imigresn itu terlibat menerima bayaran antara RM100 hingga RM500 bagi setiap pasport warga asing yang diuruskan mereka sejak 2017.

Terdahulu, kesemua mereka yang berusia antara 35 tahun hingga 45 tahun dibawa ke mahkamah menaiki sebuah bas pada pukul 9.15 pagi.

Menurut sumber, 13 individu terbabit adalah antara 43 orang yang ditahan SPRM di Johor dan Selangor, semalam.

Tangkapan berkenaan dibuat di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bangunan Sultan Iskandar, di sini manakala 30 suspek lain ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kegiatan dilakukan suspek dipercayai melibatkan pasport warga asing yang dicap di sempadan negara walaupun pemilik dokumen tidak keluar dari negara secara fizikal. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.