2 lagi individu ditahan SPRM terlibat sindiket tipu SMS - Utusan Malaysia

2 lagi individu ditahan SPRM terlibat sindiket tipu SMS

DUA individu dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan kes rasuah. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dua lagi individu ditahan reman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penipuan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Penahanan itu menjadikan keseluruhan tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi kes sama seramai enam individu setakat ini.

Menurut sumber, dua individu berusia 39 tahun dan 47 tahun tahun itu masing-masing ditahan pada pukul 2.34 petang dan 5.14 petang di Ibu Pejabat SPRM di sini selepas hadir memberi keterangan.

Katanya, individu berusia 39 tahun itu adalah Ketua Pegawai Teknologi daripada sebuah syarikat swasta manakala individu berusia 47 tahun pula pegawai syarikat telekomunikasi.

“Mereka dipercayai memberi dan menerima wang rasuah untuk tujuan mendapatkan maklumat data peribadi pelanggan menggunakan pelan prabayar.

“Nombor telefon yang diperoleh digunakan sindiket penipuan ‘content provider’ dengan mengenakan bayaran langganan menerusi SMS tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada pengguna,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, kedua-dua tahanan itu hadir di Mahkamah Majistret Putrajaya kira-kira pukul 10.30 pagi.

Majistret Siti Roslizawati Mohd. Zanin mengeluarkan perintah tahanan reman sehingga 16 November ini selepas SPRM membuat permohonan tersebut.

Sebelum ini, tiga pengarah syarikat termasuk dua bergelar Datuk dan seorang pegawai syarikat telekomunikasi ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes rasuah berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya