Warga emas melecur meninggal dunia - Utusan Malaysia

Warga emas melecur meninggal dunia

MAT Daud Shariff meninggal dunia di Hospital Kulim, Kedah, semalam. - UTUSAN/NORLIDA AKMAL IDROS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Seorang lelaki warga emas yang melecur kira-kira 45 peratus pada badan dalam kebakaran rumah di Kampung Ulu Bakai di sini Khamis lalu meninggal dunia  petang semalam

Mangsa, Mat Daud Shariff, 85, meninggal dunia kira-kira pukul 6.48 petang di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kulim.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam, Mat Daud melecur separuh badan apabila rumah didiaminya terbakar.

Rumah kayu setingkat itu musnah kira-kira 95 peratus.

Setiausaha Khariah Masjid Al Ubudiah, Mohamad Rejab Jusoh berkata, mangsa yang tidak pernah berkahwin tinggal di rumah tersebut bersendirian.

“Arwah biasanya tidur dalam keadaan pelita minyak tanah menyala kerana rumahnya tidak mempunyai bekalan elektrik.

“Dia memang tidak mahu memasang bekalan elektrik di rumahnya kerana lebih selesa dengan lampu minyak tanah,” katanya di sini hari ini.

Katanya, pada malam kejadian, arwah dikatakan tidur lebih awal daripada kebiasaannya iaitu kira-kira pukul 2 pagi sebelum berlaku kebakaran.

Jenazah Mat Daud dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ulu Bakai kira-kira pukul 2 pagi hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya