Wanita ‘timbunan sampah’ dikaunseling - Utusan Malaysia

Wanita ‘timbunan sampah’ dikaunseling

WAN Norashikin Wan Noordin (dua dari kanan) meninjau keadaan rumah seorang wanita yang dipenuhi timbunan sampah di Taman Bersatu, Simpang Pulai, Ipoh, Perak, semalam. – UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang wanita warga emas yang hidup dalam timbunan sampah sarap sejak beberapa tahun lalu di rumahnya di Taman Bersatu, Simpang Pulai di sini akan diberi kaunseling.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri, Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Noordin berkata, sesi kaunseling itu dijalankan dalam masa terdekat selepas kerja-kerja pembersihan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di rumah berkenaan.

Katanya, sesi itu dikendalikan di bawah Unit kaunseling MBI dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Melalui perbincangan bersama MBI dan JKM, kita mengambil beberapa tindakan yang mana paling penting adalah dengan membersihkan rumah itu terlebih dahulu.

“Wanita tersebut juga akan diberi kaunseling selain dirujuk kepada Jabatan Kesihatan untuk pemeriksaan sekali gus menilai tahap kesihatannya,” katanya ketika ditemui selepas melawat rumah wanita berkenaan semalam.

Wanita itu, Chung Sook Khuan yang mempunyai tiga anak namun memilih tinggal seorang diri di rumah teres dua tingkat yang dipenuhi sampah sarap hingga menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan jirannya.

Rata-rata jiran memberi­tahu, aduan dibuat kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) ekoran bimbang persekitaran yang kotor menyebabkan kejadian tidak diingini seperti tempat pembiakan nyamuk dan haiwan berbisa.

Wan Norashikin memberitahu, dalam pertemuannya bersama wanita berusia 63 tahun itu, dia diyakinkan untuk berubah dengan berhenti daripada me­ngutip sampah dan menyimpannya di rumah.

Katanya, wanita itu yang meru­pakan pesara guru di sebuah sekolah rendah menerima baik saranan tersebut namun meminta masa untuk menga­singkan semua barangan terbuang bagi tujuan kitar semula.

“Saya lihat dia setuju (dengar nasihat). Dia adalah warga emas yang mudah terdedah kepada risiko kesihatan, jadi pendekatannya adalah dengan cara pujukan dan tindakan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN