UUM tangguh Majlis Konvokesyen Ke-33 - Utusan Malaysia

UUM tangguh Majlis Konvokesyen Ke-33

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Universiti Utara Malaysia (UUM) membatalkan Majlis Konvokesyen Ke-33 tahun ini ekoran pandemik Covid-19.

Kebiasaannya majlis tersebut berlangsung pada November setiap tahun.

Jabatan Hal Ehwal Akademik (HEA) UUM dalam satu kenyataan memaklumkan, pembatalan majlis itu dibuat setelah mengambil kira nasihat dan saranan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan.

Sehubungan itu, katanya, graduan terlibat boleh mendapatkan maklumat mengenai kaedah memperoleh transkrip dan ijazah menerusi laman web rasmi jabatan HEA bermula 5 November ini.

“Pengurusan UUM prihatin mengenai perkembangan terkini penularan Covid-19 berdasarkan laporan semasa daripada MKN dan Kementerian Kesihatan.

“Pengurusan UUM mengambil tindakan pengawalan dan pencegahan serta menekankan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) demi kesihatan dan keselamaan seluruh warga universiti serta masyarakat setempat,” katanya.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berbeza, Naib Canselor UUM, Datuk Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, kejayaan UUM meletakkan subjek utama universiti iaitu perniagaan dan ekonomi di tangga 251 hingga 300 terbaik dunia dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings by Subjects 2021 yang diumumkan semalam, adalah sesuatu yang amat dibanggakan.

Menurutnya, pencapaian itu mencerminkan kekuatan UUM dalam subjek tersebut walaupun ia adalah universiti pengurusan.

Sebelum ini, subjek perniagaan dan ekonomi UUM berada di kedudukan 401-500 bagi tempoh dua tahun berturut-turut pada 2019 dan 2020. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya