UTM bantu 100 keluarga B40 jana pendapatan - Utusan Malaysia

UTM bantu 100 keluarga B40 jana pendapatan

MOHD. KHAIRUDDIN RAMLIY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) me­lancarkan program Ternakan Kelulut Modular Inovasi untuk membantu 100 keluarga berpendapatan rendah (B40) sekitar daerah Simpang Renggam, dekat sini.

Pensyarah Kanan Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim UTM, Dr. Mohd. Khairuddin Ramliy berkata, program yang bermula 1 November ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan mereka.

Beliau berkata, sebuah ladang diwujudkan dengan kerjasama Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) akan me­nempatkan 100 tempat pembiakan lebah kelulut kepada peserta.

“Sebanyak 100 keluarga B40 terpilih dibimbing dengan kaedah penternakan lebah kelulut secara inovatif melalui teknologi ‘Bee Modular’ yang dibangunkan penyelidik UTM dengan fokus mendapatkan madu kelulut untuk dikomersilkan.

“Setiap keluarga diberi satu set rerumah pembiakan yang dihasilkan daripada bahan berketahanan tinggi dan mesra alam. Ia boleh ditempatkan di kawasan lapang yang terdedah kepada perubahan cuaca.

“Kaedah ini berbeza dengan cara konvensional yang mana kekotak digunakan diperbuat daripada kayu yang tidak tahan dengan perubahan cuaca di tempat lapang,” katanya semalam.

Bagi menjayakan inisiatif tersebut, kerajaan menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi memperuntukkan RM216,020 kepada UTM menerusi geran penyelidikan.

Menurut Mohd. Khairuddin, UTM memberi khidmat latihan ilmu keusahawanan, perniagaan, pemasaran, penjenamaan dan penghasilan produk hiliran berkaitan keluaran madu ternakan lebah kelulut agar mereka berupaya menjana pendapatan tambahan yang tinggi.

“Para peserta program dipantau dengan teliti dan segala perkembangan serta kutipan hasil direkodkan.

“Mereka diberi tiga pilihan dalam mengkomersilkan madu kelulut itu sama ada menuai dan menjual sendiri madu, menyerahkan kepada peraih untuk proses tuaian dan jualan atau menghasilkan produk hiliran untuk dijual,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya