Tutup sekolah, tidak jejas calon SPM, STPM, STAM - Utusan Malaysia

Tutup sekolah, tidak jejas calon SPM, STPM, STAM

Pemakaian pelitup muka di sekolah tidak lagi diwajibkan. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Majoriti guru bersedia dan tiada masalah melaksanakan pembelajaran dalam talian terutama bagi pelajar calon peperiksaan penting yang dijadual Januari tahun depan.

Peperiksaan tersebut ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang berkata, ini kerana guru menerima garis panduan dan segala kemahiran pembelajaran atas talian sebaik tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Menurut beliau, semua pihak tidak perlu bimbang dengan persediaan pelajar yang bakal menduduki ketiga-tiga peperiksaan berkenaan.
“Jadi peranan besar sekaran terletak pada ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka mengikuti kelas dan mempunyai motivasi untuk berjaya walaupun ada kekanganCovid-19,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Bagaimanapun, menurut beliau, pelajar peringkat ini juga matang dan mereka tahu untuk berdikari.

“Penting hanyalah pemantauan dan bantuan ibu bapa supaya pelajar terus bersemangat mahu menjadi yang terbaik,” katanya.

Terdahulu, kerajaan semalam mengumumkan pelaksanaan PKP Bersayarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah. Susulan PKPB 14 hingga 27 Oktober ini semua sekolah di negeri-negeri terlibat juga diarah ditutup.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Mohamed Ali Hassan berkata, selain peranan guru dan ibu bapa, pelajar perlu terus mengekalkan disiplin untuk menghadapi peperiksaan.

“Ibu bapa juga perlu memantau dan menyelia anak-anak dan memastikan segala keperluan yang terbaik untuk mereka terutama bagi menghadapi peperiksaan nanti,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya