Tiga lelaki diburu kes kematian tiga beranak - Utusan Malaysia

Tiga lelaki diburu kes kematian tiga beranak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Polis mengesan tiga lelaki bagi membantu siasatan kematian tiga beranak dalam kebakaran sebuah rumah di Pangkalan Nelayan Sungai Tepa, Bukit Malut, di sini pada April tahun lalu.

Tiga suspek terbabit ialah Zuhaimi Saad, 41, atau dikenali sebagai Bagok; Nordin Ahmad, 42, atau Din Napoh dan Ahmad Shahrul Nizam Long, 35, atau dikenali sebagai Mapley.

Kematian tiga beranak iaitu Mohd. Nahar Shuhaimi, 39, serta isteri, Noorsuhaila Hamat, 41, dan anak lelaki mereka, Muhammad Nawfal, 6, pada mulanya diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun kini disiasat sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Kesekaan.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintenden Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, Zuhaimi berasal dari Langkawi dengan alamat terakhir di No. 240, Kampung Kelibang, Mukim Kuah di sini.

Katanya, suspek kedua iaitu Nordin dengan alamat terakhir di No. 20, Kampung Baru Ulu Melaka, Mukim Ulu Melaka di sini manakala Ahmad Shahrul Nizam pula beralamat terakhir di Kampung Bukit Tangga, Mukim Padang Matsirat di sini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai tiga suspek ini diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Asisten Superintenden Mohd. Nizam Hassan di talian 017-2745285 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi, di sini hari ini.

Pada April tahun lalu, dilaporkan tiga beranak ditemukan mati dalam keadaan menyayat hati selepas rumah mereka berhampiran Restoran Nelayan di Pangkalan Nelayan Sungai Tepa, Bukit Malut, di sini terbakar.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mayat seorang lelaki ditemukan di ruang tamu rumah manakala isterinya dijumpai di dalam bilik air dalam keadaan bersujud di sisi mayat Muhammad Nawfal. – UTUSAN ONLINE

-habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya