'Saya mahu buru kesebelasan utama' - Utusan Malaysia

‘Saya mahu buru kesebelasan utama’

SAFAWI Rasid berlepas ke Portugal untuk menyertai kelab Portimonense SC di KLIA, Sepang hari ini. - FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bukan sekadar menjadi pelengkap, Safawi Rasid sebaliknya berjanji akan memberi aksi terbaik untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama kelab Primeira Liga, Portimonense SC ketika bertolak ke Portugal malam ini.

Pemain berusia 23 tahun itu berkata, memang sejak kecil dia mengimpikan untuk bermain di pentas Eropah dan kesempatan yang hadir akan digunakan sebaik mungkin.

“Saya sangat gembira kerana peluang ini datang sekali seumur hidup, pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan wang dan ini (perpindahan) akan saya ingat sampai bila-bila.

“Sebaik sahaja menjadikan bola sepak sebagai kerjaya, saya sudah pasang impian untuk bermain di luar negara.

“Ramai bintang dunia ber­aksi di Eropah dan saya mahu mendapat peluang sama. Cabaran pasti berbeza dengan liga tempatan tetapi harap dapat cepat sesuaikan diri di sana.

“Saya juga mahu berterima kasih kepada JDT (Johor Darul Ta’zim) dan TMJ (Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim) kerana memberi peluang ini,” kata Safawi ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang hari ini.

 

SAFAWI Rasid bergambar bersama ibu, Salemeh Abu Bakar dan bapa, Rasid Sulong sebelum berlepas ke Portugal hari ini. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

 

Safawi, 23, akan memulakan babak baharu dalam kariernya dengan menyertai Portimonense SC selama semusim secara pinjaman selepas membantu JDT merangkul kejuaraan Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut semalam.

Terdahulu, dia sempat bertemu Tunku Ismail yang memberi kata-kata semangat sebelum berlepas ke Portugal.

“Jangan sedih, kuatkan semangat dan saya doakan semoga berjaya. Apa-apa call (hubungi).

“Hantar sampai ke liflah, kalau boleh sampai airport (lapangan terbang) pun saya pergi. Terima kasih untuk semuanya Safawi.

“Jangan lupakan kita (JDT), jaga diri baik-baik,” kata Tunku Ismail dalam satu video ringkas yang dimuat naik oleh Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers hari ini.

Safawi telah membuat 101 penampilan bersama JDT dengan merekodkan 47 gol dan melakukan 18 bantuan jaringan.

Safawi sudah memenangi empat kejuaraan Liga Super, dua Piala Malaysia dan tiga Piala Sumbangsih bersama Harimau Selatan.

Dia berlepas  ke Portugal pukul 11 malam ini beraksi cemerlang dalam skuad Harimau Selatan sejak melakukan penampilan pada 27 Januari 2017 dan dijangka tiba di Portugal pada 2 petang waktu Malaysia.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya