Sanitasi di penempatan warga asing sukar - Bomba  - Utusan Malaysia

Sanitasi di penempatan warga asing sukar – Bomba 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengalami kesukaran  melakukan operasi sanitasi awam di penempatan warga asing. 

Pengarah Bomba negeri, Norazam Khamis berkata, kesukaran berlaku kerana warga asing tidak memahami prosedur dan cara kerja sanitasi.

Menurut beliau, kebanyakan warga asing  tidak menghiraukan jika pasukan bomba melakukan sanitasi, seolah-olah ia tidak penting.

“Berbeza dengan orang tempatan yang memahami dan mereka berterima kasih dengan bomba kerana melaksanakan sanitasi,” kata beliau ketika mengikuti sanitasi di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Anggerik Mall di sini hari ini.

Terdahulu, seramai 25 anggota dan pegawai kanan melakukan sanitasi di  UTC Shah Alam yang mempunyai 17 agensi kerajaan dan 66 buah kedai.

Mengulas lanjut, Norazam berkata, sejak Mac lalu,  pihaknya telah  melakukan sebanyak 916 operasi sanitasi awam.

 Daerah Petaling mencatatkan operasi sanitasi paling tinggi iaitu 130, diikuti Hulu Langat (105); Hulu Selangor (92); Klang (85) dan Kuala Langat (75).

“Di  Sepang sebanyak 72 operasi sanitasi, Kuala Selangor (66); Sabak Bernam (61) dan Gombak (60). Bakinya  melibatkan sanitasi ke atas bas iaitu 170 bas dibawa untuk sanitasi,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya