KUALA LUMPUR: Raja-raja Melayu mula bersidang sempena Mesyuarat Khas Majlis Raja-raja pukul 2.30 petang tadi.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga Sultan Pahang tiba di Istana Negara pada pukul 12.23 tengah hari diikuti Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pada pukul 1.30 petang disusuli raja-raja negeri lain.
Difahamkan, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V tidak hadir ke mesyuarat berkenaan setelah pintu utama Istana Negara ditutup sepenuhnya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Bagaimanapun, setakat berita ini ditulis, perkara itu belum dapat disahkan sehingga Istana Negara membuat kenyataan rasmi petang ini. – UTUSAN ONLINE











