Polis sahkan mayat dijumpai rentung kes bunuh - Utusan Malaysia

Polis sahkan mayat dijumpai rentung kes bunuh

KEADAAN kenderaan SUV yang terbakar dengan mayat ditemukan rentung di dalamnya di Kota Warisan, Sepang, Putrajaya, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Polis mengesahkan mayat yang ditemukan rentung di dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) selepas terbakar, awal pagi kelmarin, di kawasan semak bersebelahan Jalan Airport City di Kota Warisan, di sini sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pengesahan itu berdasarkan siasatan lanjut dibuat ke atas kenderaan Toyata Harrier yang terbakar.

“Berikutan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan satu mayat ditemukan rentung di bahagian penumpang hadapan selepas kenderaan itu terbakar di kawasan semak bersebelahan Jalan Airport City di Kota Warisan.

Mayat berkenaan ditemukan sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Salak Tinggi (BBST), selepas kerja-kerja memadamkan kebakaran kereta Toyota Harrier itu pada pukul 4.47 pagi.

Dalam kejadian itu, mayat rentung sepenuhnya dan terdapat kesan kebakaran lingkungan 10 meter daripada kenderaan terbabit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya